Monday, October 20, 2008

Program Solat Hajat Desasiswa mendapat Sambutan yang menggalakkan

USM, 20 Okt- NYPD PMIUSM, Saudari Aminah Binti Suhaimi merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Desasiswa Saujana dan penghuni Desasiwa Saujana M03 serta tidak dilupakan ahli-ahli PMIUSM dalam menjayakan program solat hajat sempena peperiksaan akhir semester yang telah diadakan pada 20 Oktober bertempat di surau desasiswa Saujana.

Program solat hajat ini diadakan oleh Biro Dakwah dan Tarbiyah PMIUSM dengan kerjasama MPD- MPD. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengajak semua siswi USM, sama-sama mengimarahkan surau desasiswa disamping memohon kejayaan bersama dalam peperiksaan nanti. Program ini merupakan program berkala dan kemuncaknya adalah Munajat Perdana yang akan diadakan di Masjid Al-Malik Khalid anjuran PMIUSM pada hari Khamis nanti.

Program solat hajat ini bermula pada jam 6.45 petang dan berakhir pada pukul 8.45 malam. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah solat maghrib berjemaah, solat hajat berjemaah dan di mantapkan lagi dengan taujihat daripada NYPD PMIUSM, Sdri Aminah Binti Suhaimi. Dalam ucapannya, beliau menasihati dan mengajak mahasiswa USM supaya membersihkan diri sebelum melangkah masuk kedalam medan peperiksaan nanti. Saranan ini bersesuaian dengan sifat ilmu itu sendiri yang bersifat bersih dan hanya akan berada pada hati yang bersih sahaja. Pada akhir ucapan beliau, beliau mengajak semua hadirin supaya menghayati maksud ayat seribu dinar ini:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaaq: 2-3)

Menurut PMIUSM, program ini seterusnya akan diadakan pada hari Selasa iaitu 21 Oktober 2008 bertempat di surau Desasiswa Saujana M04. PMIUSM mengajak semua penghuni M04 untuk sama-sama mengimarahkan program ini.

Thursday, October 2, 2008

kitakah orang itu?

sekadar gambar hiasan

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktuvsolatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahiwainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yangada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yangmempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaneraka.

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.


sumber: mynisa.multiply.com

Wednesday, August 13, 2008

Saudariku..ku nantimu di pintu syurga!

sekadar gambar hiasan

Segelintir muslimah memakai tudung pada zaman ini di Negara ini, bukanlah bererti sebuah pengamalan kepada ilmu agamanya. Pada zaman dahulu, seseorang yang memakai tudung/hijab adalah seorang yang akan berusaha mempertahankan tudung/hijabnya disebabkan proses pemakaian tudung itu sendiri menuntut pergolakan dalama yang amat hebat. Tapi, amat malang sekali, pada zaman ini, kita lihat, sebahagian wanita yang menggunakan tudung hanya kerana sekadar disuruh atau diwajibkan oleh orang tua, tempat belajar atau tempat bekerja. Mungkin jua mereka bertudung atas tuntutan masyarakat sekeliling yang akan merasa pelik apabila melihat wanita Islam tidak bertudung. Selain itu, telah menjadi kebiasaan sejak kecil, mereka di paksa untuk memakai tudung, tanpa mengetahui dan menyedari pentingnya memakai tudung dan tuntutannya. Mungkin disebabkan itulah dapat kita lihat wanita Islam yang memakai tudung tidak menutup tubuh mereka secara sempurna. Namun demikian, memakai tudung pada masa kini, lebih diterima dan kita melihat lebih ramai wanita Islam memakainya, mungkin kerana, tmbulnya fesyen-fesyen tudung yang semakin sofistikated dan bergaya menyebaban mereka tidak salah mereka bertudung asalkan mereka mampu bergaya lebih daripada mereka yang tidak bertudung. Tudung yang sepatutnya berfungsi untuk menutupi keindahan yang Allah kurniakan justeru menambahkan lagi keindahan dengan fesyen-fesyen tudung yang menarik sehingga menyebabkan golongan lelaki yang mempunyai penyakit dalam hatinya tertarik.

Pernahkan anda terfikir dan tertanya-tanya, bahawa orang-orang yang memakai purdah dan bertudung labuh apakah mereka tidak merasa panas? Apakah tidak susah untuk memakai jubah dan tudung labuh ditambah dengan sarung kaki? Dan disebalik tudung labuh ternyata masih ada tudung lagi?! Dan..apakah mereka dapat melihat di sebalik purdah yang menutupi mata?

Untuk itu, amat perlu untuk mendapat jawapan atas semua persoalan. Kekurangan ilmu menyebabkan benar-benar ingin mendapat jawapan amat menggigt jiwa. Pengetahuan akan indahnya Islam dengan segala pengaturan yang telah diberikan Allah. Pengetahuan yang bahawa syurga itu amat indah dan damai dengan segala kenikmatannya. Pengetahuan bahawa syurga tidak akan tercium oleh wanita-wanita yang memperlihatkan aurat di depan khalayak ramai.

Pengetahuan bahawa penghuni neraka paling banyak adalah wanita. peringatan ini bukanlah hanya satu peringatan, melainkan satu usaha. Usaha dari seorang wanita untuk menggapai syurgaNya. Untuk bersanding bersama pasangannya ditemani dengan bidadari cantik yang lain. Panas dari memakai tudung yang menyesakkan fikiran bukanlah satu keberatan jauh sekai bebanan yang menyesakkan fikiran. Melainkan hanya sepercik ujian untuk menguji jiwa agar dapat meluruhkan dosa-dosa kecil dari seorang insan bergelar wanita. bukankah Nabi s.a.w mengatakan bahawa setiap keksusahan yang dialami oleh seorang muslim merupakan peluruh bagi dosa-dosa yang dilakukan?. Hanya kepada Allah aku mengadu dan memohon hidayah agar kita semua dapat meraih syurga dunia dan akhirat. Sampai saat ini, aku hanya mampu berdoa, agar kita sama-sama berdoa semoga syurga idaman kita, menjadi milik bersama.. wallahualam..
p/s: wajib bagi setiap wanita yang mengaku Islam, yang berakal, yang telah akil Baligh unutk menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan dan melabuhkan tudungnya ke dada
.

Artikel asal:
http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/saudariku-kuingin-meraih-surga-bersamamu.html

Edited by: helwipmiusm08

Sunday, August 10, 2008

ehem! gambar muslimahkah ini? (iluvislam.com)


MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

Thursday, August 7, 2008

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM(2)
Tatkala Islam datang, dihapuslah penindasan terhadap wanita. Islam datang untuk
memanusiakan wanita. Allah berfirman:

“Hai segenap manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan.” (QS. Al-Hujurat: 13)

Allah juga menyebutkan, bahwa pada prinsip kemanusiaan, wanita adalah mitra lelaki,
sebagaimana ia sama dengan lelaki dalam hal perolehan pahala dan siksa atas suatu perbuatan.
Allah berfirman:

“Barangsiapa yang melakukan amal shaleh, baik lelaki maupun perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan mengaruniakan kepadanya kehidupan yang baik, dan Kami pun
benar-benar akan menganugerahi mereka balasan dengan pahala yang terbaik dari apa yang telah mereka lakukan.” (QS. An-Nahl: 97).
Allah berfirman:

“(Setelah manusia menyanggupi untuk memikul amanah itu, namun ia melakukan tindak kezhaliman dan kebodohan), karenanya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrik lelaki dan perempuan, dan Allah menerima taubat orang-orang mu’min lelaki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al- Ahzab: 73).


Allah mengharamkan menjadikan wanita sebagai harta benda milik suami yang, jika suami itu
mati, dapat diwarisi sebagaimana halnya harta benda yang lain. Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu, dengan paksa, mempusakai wanita1. (QS. An-Nisa’: 19)
Allah menjamin independensi kepribadian wanita. Dijadikannya ia pewaris, bukan benda yang
dapat diwarisi. Dia tentukan untuknya bagian tertentu dalam mewarisi harta kerabatnya. Allah
berfirman:
1 Dalam adat Jahiliyyah, jika seorang lelaki meninggal dunia, maka anak lelaki sulungnya dapat mewarisi janda ayahnya itu (yang bukan ibu kandungnya). Ia bebas menentukan, untuk mengawininya atau untuk mengawinkannya dengan orang lain yang maharnya menjadi
milik lelaki itu, atau membiarkannya dan melarangnya kawin lagi.
10
“Bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapak dan kerabatnya, dan bagi
wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan bapak-ibu dan kerabatnya, baik sedikit
atau banyak menurut hak bagian yang telah ditetapkan.” (QS. An-Nisa’: 7)
Allah berfirman:
“Allah mensyari’atkan bagi kamu tentang (pembagian harta waris untuk) anak-anakmu. Yaitu:
hak bagian seorang anak lelaki sama dengan hak bagian dua orang anak perempuan. Jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta.” (QS. An-Nisa' : 11)
Demikian selanjutnya tentang hak waris wanita: baik itu ibu atau anak atau saudara kandung perempuan atau isteri. Dalam hal mempersunting wanita, Allah membatasi dibolehkannya memperisteri wanita hanya empat, sebagai batas maksimal, dengan syarat memperlakukannya secara adil seoptimal mungkin dan mewajibkan menggauli mereka secara ma’ruf (baik menurut Agama). Allah berfirman:

“Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu) secara ma’ruf (baik menurut Agama).” (QS. An-Nisa’: 19)
Allah menjadikan mahar (maskawin) sebagai hak isteri dan memerintahkan untuk diberikan
kepadanya secara penuh, kecuali jika ia, dengan lapang dada, merelakan sebahagiannya. Allah
berfirman:
“Berikanlah mahar (maskawin) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian wajib. Lalu, jika mereka, dengan senang hati, merelakan untuk kamu sebahagian dari mahar itu, maka makanlah dari pemberian itu yang ia adalah makanan yang enak lagi baik (sehat).” (QS. An-Nisa’: 4).
Allah juga menjadikan wanita di rumah suaminya sebagai orang yang memiliki hak
memimpin, memerintah, melarang dan sekaligus menjadi ratu yang harus ditaati anak-anaknya.
Rasulullah  bersabda:
“Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dimintai pertanggungjawabannya tentang yang dipimpinnya.”
Allah juga mewajibkan atas suami agar memberi nafkah dan pakaian untuk isterinya secara ma’ruf (baik menurut Agama).

Tuesday, August 5, 2008

Wudhuk Ketika Haid

Soalan:
assalamualaikum.....
saya nk tanya ...apakah hukum perbuatan berwudhuk bagi seorang wanita yang sedang haid?
apakah hukum jika wudhuknya bertujuan untuk mengikut sunnah Nabi S.A.W seperti sebelum tidur
ataupun ketika hendak menghilangkan marah?
bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan perkara ini kepada saudara baru yang bertanya?
sekian terima kasih...

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Mana-mana wanita yang didatangi Haid atau Nifas terhalang daripada melakukan tujuh perkara ibadat;
1) Mandi Haid/Nifas atau berwuduk
2) Solat
3) Puasa
4) Tawaf
5) Membaca Al-Quran, menyentuh dan membawanya
6) Masuk Masjid
7) Brsetubuh dengan suami walaupun dengan lapik

Ini merupakan tujuh larangan yang diharamkan kepada wanita yang didatangi Haid atau Nifas untuk melakukannya.
Wanita yang didatangi Haid dan Nifas hanya diberi kelonggaran untuk mandi sunat Ihram sahaja, bahkan sunat.
Mandi junub, mandi sunat ihram, mandi haid @ nifas dan selainnya sama sahaja. Hanya berbeza pada sudut niat.

BERWUDUK KETIKA HAID/NIFAS
Berhubungan dengan persoalan penanya menjurus kepada bahagian pertama. Kemungkinan kemusykilan yang ingin
ditanya, apakah larangan berwuduk (bersuci) itu secara mutlak tanpa pengecualian?
Berkata Syafieyah dan Hanabilah: Mandi Haid@Nifas dan berwuduk hanya dikhususkan kepada mereka yang tidak
berhalangan. Perempuan yang sedang didatangi Haid/Nifas tidak akan terangkat hadas mereka dengan mandi atau
berwuduk tersebut. Jika dilakukannya dengan tujuan bermain-main, perbuatan ini boleh membawa kepada Riddah.
Hanafiah berpendapat: Haid hanya menghalang dari sah bersuci tetapi tidak mengharamkannya. Bahkan disunatkan
bagi wanita di dalam keadaan Haid berwuduk setiap kali solat dan duduk di tempat solatnya untuk bertasbih dan tahlil
sekadar waktu solat dilaksanakan. Perbuatan ini dilakukan supaya dia tidak melupakan adat kebiasaannya.

DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM
Kurang pasti apa yang cuba dimaksudkan oleh penanya berkenaan “perkara ini”. Adakah perkara ini yang dimaksudkan berwuduk ketika haid atau berwuduk dengan tujuan meniru sunah nabi. Sekadar beberapa prinsip dengan Non Muslim apabila kita ingin membicarakan soal ibadat;

1) Perkenalkan kedudukan hamba dibandingkan tuan pada hak dan tuntutan. Semua hamba wajib mentaati perintah
tuannya.
2) Zahirkan hikmah dan logik yang ada pada sesuatu perintah yang dituntut oleh syarak.
3) Pamerkan Islam merupakan agama yang suci dan bersih. Setiap menitik beratkan kebersihan pada semua
keadaan. Walaupun wuduk wanita haid tidak sah akan tetapi sikap meninggalkan perbuatan tersebut juga merupakan
pahala kerana mentaati perintah Allah.

KESIMPULAN
1) Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.
2) Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.
3) Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.
4) Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.
5) Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.
6) Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.
Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah;
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ
Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.
7) Berbicara dengan Non Muslim dengan logik dan menzahirkan hikmah perintah Allah disyariakan.

Allahu A’lam

Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin

sumber asal: http://www.mykkk.org/efiqh/

Sunday, August 3, 2008

AKTIVITI HELWI PMIUSM 2008

1)Kelas Siswi (anjuran bersama Pusat Islam dan DATAR PMIUSM)
Hari : Setiap hari Jumaat
Masa : 12.30-2.00 petang.
Tempat : DKG31 (P.Pengajian Sains Komputer)
semua muslimah dan siswi di jemput hadir. (Masuk Percuma!!!)

2)Program "Andai Kau Tahu" (anjuran bersama MPP dan Pusat Islam)
hari : selasa
Tarikh: 2 sept 2008
Tempat: DTSP

semua mahasiswa dan mahasiswi dijemput hari.. datanglah beramai-ramai..:)

sentuhan nilai fiqh untuk wanita beriman



PEMBAHASAN UMUM (1)
KEDUDUKAN WANITA PADA MASA SEBELUM DATANGNYA ISLAM
Yang dimaksud dengan masa sebelum datangnya Islam adalah masa jahiliyah yang
dialami oleh Bangsa Arab Kuno khususnya dan umat manusia di kala itu pada umumnya. Suatu
masa yang saat itu manusia di masa kekosongan dari dakwah para rasul dan rusaknya garis-garis kehidupan. Di dalam hadits tertera, bahwa Allah di kala itu memandang segenap manusia, Arab dan non Arab, dengan penuh kemurkaan. Kecuali segelintir generasi tersisa dari Ahlu-l-Kitab. Secara umum, wanita di waktu itu hidup dalam masa yang serba rumit, terutama di lingkungan masyarakat Arab. Mereka tidak menghendaki kelahiran wanita. Di antara mereka ada yang mengubur wanita hidup-hidup hingga mati di kalang tanah, dan di antara mereka ada yang membiarkannya hidup, namun dalam kehidupan yang hina dan nista.
Dalam hal ini Allah berfirman :


“Dan apabila seseorang di antara mereka dikarunia (kelahiran) anak perempuan, murunglah wajahnya dan ia sangat jengkel penuh kemarahan. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, lantaran buruknya apa yang diterimanya. Adakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kenistaan, ataukah akan menguburkannya (hiduphidup) ke dalam tanah? Ketahuilah, betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (QS. An- Nahl: 58-59).
Allah berfirman:



“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hiduphidup ditanya, karena dosa apakah ia dibunuh. (QS. At-Takwir: 8-9)
Sebaliknya, jika wanita itu selamat dari penguburan terhadap dirinya hidup-hidup, ia pun
hidup tanpa dihargai eksistensinya. Ia tidak mendapatkan sedikit pun bagian harta pusaka dari
kerabatnya, meskipun kerabatnya itu kaya sedang ia dililit kefakiran dan dihimpit kebutuhan. Karena, mereka hanya memberikan harta waris kepada lelaki, bukan kepada perempuan. Bahkan, jika suaminya meninggal, wanita itu pun dianggap sebagai harta yang dapat diwarisi sebagaimana harta suaminya. Sejumlah wanita hidup di tangan satu orang suami, di mana ia tidak terikat oleh bilangan tertentu dalam mempersunting wanita, di samping ia acuh terhadap keluh kesah, ketidaknyamanan hidup dan ketertindasan yang direguk oleh isteri-isteri itu.

HARI INTERAKSI PMIUSM 2008


assalamualaikum w.w.b..
tahniah dan syabas buat AJK Perlaksana program JALINAN KASIH PMIUSM..walaupun ada suara-suara sumbang yang bercakap, usah hiraukan mereka, kerana ini adalah salah satu proses pembelajaran yang baik. kepada adik-adik yang hadir, terima kasih di ucapkan dan semoga adik-adik terus istiqamah dalam mengikuti program-program PMIUSM. salam ukhuwwah fillah dari HELWI PMIUSM...

Sunday, July 20, 2008

ALLAH TAHU..

bila kau letih dan hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kau telah mencUba sedaya upaya,
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
ALLAH telah mengira titisan air matamu,
bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH setia disisimu,
bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tUjuan,
ALLAH ada jalan penyelesaian,
bila tiada yang bererti buatmu,
keliru dan kecewa...
ALLAH ada jawapannya....
ingatlah...
ALLAH tetap bersama-sama kita,
disebalik kepahitan ada kemanisan,
di sebalik kepayahan ada kesenangan,
SALAM MUJAHIDAH MENUJU SYAHID

Istimewanya seorang Wanita



Kaum feminis kata susah menjadi wanita, lihat saja peraturan dibawah ini:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung Dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat
pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami Dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid Dan nifas
yang tak Ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA".

Pernahkah Kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?
1. Benda yang Mahal harganya akan dijaga Dan dibelai serta disimpan
ditempat yang teraman Dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak
Akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi
tahukah harta itu menjadi milik pribadinya Dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,IA
perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri Dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung Dan melahirkan anak,tetapi
tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat
Dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, Dan tahukah jika ia mati
karena melahirkan adalah syahid Dan surga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap! 4 wanita, yaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,yaitu : suaminya, ayahnya,
anak lelakinya Dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang
mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja,
yaitu:sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada
suaminya Dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita
jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala
orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita
Ingat firman Nya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala
upaya, sampai Kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan
Buatan mereka. (emansipasi Ala western)

Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan
Kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala
Hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan
dengan segala peraturan/hukum buatan manusia.

Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar Kita (kaum lelaki)
Berbuat baik selalu (gently) terhadap isterimu.

Adalah sabda Rasulullah bahwa ketika kita memiliki dua atau lebih anak
perempuan, mampu menjaga Dan mengantarkannya menjadi muslimah Yang
baik, maka surga adalah jaminannya. (untuk anak laki2 berlaku kaidah
yang berbeda).
Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau hanya untuk apresiasi
absurd Dan semu di dunia ini. Tunaikan Dan tegakkan kewajiban agamamu,
nescaya syurga menantimu.. salam mujahidah menuju syahid

Friday, July 18, 2008

berbahagialah wanita. kerana....


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.