Saturday, January 3, 2009

ANDA AKAN MENJADI WANITA PALING ANGGUN DI DUNIA


Semua kejadian, betapapun parahnya, pasti berhubungan langsung dengan kelapangan dalam wakti terdekat.
Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak anda , anda lebih harum dari minyak wangi, dengan sikap tawadhuk anda, anda lebih tinggi dari purnama. Dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas hamparan sajadah, dan malu kepada Allah kerana terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam.
Firman Allah s.w.t
Tiada yang memasukinya kecuali orang yang paling celaka (surah Al-Lail:15)