Monday, October 20, 2008

Program Solat Hajat Desasiswa mendapat Sambutan yang menggalakkan

USM, 20 Okt- NYPD PMIUSM, Saudari Aminah Binti Suhaimi merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Desasiswa Saujana dan penghuni Desasiwa Saujana M03 serta tidak dilupakan ahli-ahli PMIUSM dalam menjayakan program solat hajat sempena peperiksaan akhir semester yang telah diadakan pada 20 Oktober bertempat di surau desasiswa Saujana.

Program solat hajat ini diadakan oleh Biro Dakwah dan Tarbiyah PMIUSM dengan kerjasama MPD- MPD. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengajak semua siswi USM, sama-sama mengimarahkan surau desasiswa disamping memohon kejayaan bersama dalam peperiksaan nanti. Program ini merupakan program berkala dan kemuncaknya adalah Munajat Perdana yang akan diadakan di Masjid Al-Malik Khalid anjuran PMIUSM pada hari Khamis nanti.

Program solat hajat ini bermula pada jam 6.45 petang dan berakhir pada pukul 8.45 malam. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah solat maghrib berjemaah, solat hajat berjemaah dan di mantapkan lagi dengan taujihat daripada NYPD PMIUSM, Sdri Aminah Binti Suhaimi. Dalam ucapannya, beliau menasihati dan mengajak mahasiswa USM supaya membersihkan diri sebelum melangkah masuk kedalam medan peperiksaan nanti. Saranan ini bersesuaian dengan sifat ilmu itu sendiri yang bersifat bersih dan hanya akan berada pada hati yang bersih sahaja. Pada akhir ucapan beliau, beliau mengajak semua hadirin supaya menghayati maksud ayat seribu dinar ini:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaaq: 2-3)

Menurut PMIUSM, program ini seterusnya akan diadakan pada hari Selasa iaitu 21 Oktober 2008 bertempat di surau Desasiswa Saujana M04. PMIUSM mengajak semua penghuni M04 untuk sama-sama mengimarahkan program ini.

Thursday, October 2, 2008

kitakah orang itu?

sekadar gambar hiasan

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktuvsolatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahiwainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yangada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yangmempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaneraka.

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.


sumber: mynisa.multiply.com