Monday, October 20, 2008

Program Solat Hajat Desasiswa mendapat Sambutan yang menggalakkan

USM, 20 Okt- NYPD PMIUSM, Saudari Aminah Binti Suhaimi merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Desasiswa Saujana dan penghuni Desasiwa Saujana M03 serta tidak dilupakan ahli-ahli PMIUSM dalam menjayakan program solat hajat sempena peperiksaan akhir semester yang telah diadakan pada 20 Oktober bertempat di surau desasiswa Saujana.

Program solat hajat ini diadakan oleh Biro Dakwah dan Tarbiyah PMIUSM dengan kerjasama MPD- MPD. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengajak semua siswi USM, sama-sama mengimarahkan surau desasiswa disamping memohon kejayaan bersama dalam peperiksaan nanti. Program ini merupakan program berkala dan kemuncaknya adalah Munajat Perdana yang akan diadakan di Masjid Al-Malik Khalid anjuran PMIUSM pada hari Khamis nanti.

Program solat hajat ini bermula pada jam 6.45 petang dan berakhir pada pukul 8.45 malam. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah solat maghrib berjemaah, solat hajat berjemaah dan di mantapkan lagi dengan taujihat daripada NYPD PMIUSM, Sdri Aminah Binti Suhaimi. Dalam ucapannya, beliau menasihati dan mengajak mahasiswa USM supaya membersihkan diri sebelum melangkah masuk kedalam medan peperiksaan nanti. Saranan ini bersesuaian dengan sifat ilmu itu sendiri yang bersifat bersih dan hanya akan berada pada hati yang bersih sahaja. Pada akhir ucapan beliau, beliau mengajak semua hadirin supaya menghayati maksud ayat seribu dinar ini:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaaq: 2-3)

Menurut PMIUSM, program ini seterusnya akan diadakan pada hari Selasa iaitu 21 Oktober 2008 bertempat di surau Desasiswa Saujana M04. PMIUSM mengajak semua penghuni M04 untuk sama-sama mengimarahkan program ini.

0 comments: