Wednesday, August 13, 2008

Saudariku..ku nantimu di pintu syurga!

sekadar gambar hiasan

Segelintir muslimah memakai tudung pada zaman ini di Negara ini, bukanlah bererti sebuah pengamalan kepada ilmu agamanya. Pada zaman dahulu, seseorang yang memakai tudung/hijab adalah seorang yang akan berusaha mempertahankan tudung/hijabnya disebabkan proses pemakaian tudung itu sendiri menuntut pergolakan dalama yang amat hebat. Tapi, amat malang sekali, pada zaman ini, kita lihat, sebahagian wanita yang menggunakan tudung hanya kerana sekadar disuruh atau diwajibkan oleh orang tua, tempat belajar atau tempat bekerja. Mungkin jua mereka bertudung atas tuntutan masyarakat sekeliling yang akan merasa pelik apabila melihat wanita Islam tidak bertudung. Selain itu, telah menjadi kebiasaan sejak kecil, mereka di paksa untuk memakai tudung, tanpa mengetahui dan menyedari pentingnya memakai tudung dan tuntutannya. Mungkin disebabkan itulah dapat kita lihat wanita Islam yang memakai tudung tidak menutup tubuh mereka secara sempurna. Namun demikian, memakai tudung pada masa kini, lebih diterima dan kita melihat lebih ramai wanita Islam memakainya, mungkin kerana, tmbulnya fesyen-fesyen tudung yang semakin sofistikated dan bergaya menyebaban mereka tidak salah mereka bertudung asalkan mereka mampu bergaya lebih daripada mereka yang tidak bertudung. Tudung yang sepatutnya berfungsi untuk menutupi keindahan yang Allah kurniakan justeru menambahkan lagi keindahan dengan fesyen-fesyen tudung yang menarik sehingga menyebabkan golongan lelaki yang mempunyai penyakit dalam hatinya tertarik.

Pernahkan anda terfikir dan tertanya-tanya, bahawa orang-orang yang memakai purdah dan bertudung labuh apakah mereka tidak merasa panas? Apakah tidak susah untuk memakai jubah dan tudung labuh ditambah dengan sarung kaki? Dan disebalik tudung labuh ternyata masih ada tudung lagi?! Dan..apakah mereka dapat melihat di sebalik purdah yang menutupi mata?

Untuk itu, amat perlu untuk mendapat jawapan atas semua persoalan. Kekurangan ilmu menyebabkan benar-benar ingin mendapat jawapan amat menggigt jiwa. Pengetahuan akan indahnya Islam dengan segala pengaturan yang telah diberikan Allah. Pengetahuan yang bahawa syurga itu amat indah dan damai dengan segala kenikmatannya. Pengetahuan bahawa syurga tidak akan tercium oleh wanita-wanita yang memperlihatkan aurat di depan khalayak ramai.

Pengetahuan bahawa penghuni neraka paling banyak adalah wanita. peringatan ini bukanlah hanya satu peringatan, melainkan satu usaha. Usaha dari seorang wanita untuk menggapai syurgaNya. Untuk bersanding bersama pasangannya ditemani dengan bidadari cantik yang lain. Panas dari memakai tudung yang menyesakkan fikiran bukanlah satu keberatan jauh sekai bebanan yang menyesakkan fikiran. Melainkan hanya sepercik ujian untuk menguji jiwa agar dapat meluruhkan dosa-dosa kecil dari seorang insan bergelar wanita. bukankah Nabi s.a.w mengatakan bahawa setiap keksusahan yang dialami oleh seorang muslim merupakan peluruh bagi dosa-dosa yang dilakukan?. Hanya kepada Allah aku mengadu dan memohon hidayah agar kita semua dapat meraih syurga dunia dan akhirat. Sampai saat ini, aku hanya mampu berdoa, agar kita sama-sama berdoa semoga syurga idaman kita, menjadi milik bersama.. wallahualam..
p/s: wajib bagi setiap wanita yang mengaku Islam, yang berakal, yang telah akil Baligh unutk menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan dan melabuhkan tudungnya ke dada
.

Artikel asal:
http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/saudariku-kuingin-meraih-surga-bersamamu.html

Edited by: helwipmiusm08

0 comments: